- Perlindungan
- Kad Perubatan
- Elaun Hospital / pembedahan
- Dana Simpanan / Pelaburan
Pelan smartlink adalah sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan
matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar
memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak
anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa
berubah mengikut masa.
Kini
anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda,
pendidikan dan perlindungan dalam satu pelan kombinasi inovatif yang
unik.
Sediakan Pendidikan Sewajarnya Untuk Anak Anda
Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas.
Apabila memilih smartlink, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah smartlink. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.
KITA LIHAT CONTOH PERJALANAN SESEORANG BERMULA DARI KELAHIRAN
SENARIO 1

EN.AZMI telah membeli sebuah plan pendidikan kepada anak tersayangnya AZMAN.Dengan caruman sebanyak RM200 sebulan.Bermulanya pelan pada umur 1 tahun,AZMAN telah dilindungi dengan plan smartlink seperti di bawah:

Seterusnya kehidupan AZMAN sebagai pelajar tahun 1 sehingga umur 17 tahun.Diperingkat sekolah menengah AZMAN merupakan pelajar pintar dan memperolehi keputusan SPM(8A).Pada usia 18 tahun Azman telah diserap ke matrikulasi awam.Kecemerlangannya berterusan sehingga dia memperolehi keputusan (3.97)CGPA.Untuk meneruskan ke peringkat Ijazah Sarjana AZMAN telah memilih pengajian dalam bidang kejuruteraan dan memilih Universiti Swasta.
EN.AZMI telah memutuskan tidak akan mengeluarkan DANA pendidikan anaknya untuk tujuan pendidikan.TETAPI memilih untuk menyambung plan tersebut untuk tujuan lain.
Pada umur AZMAN 25 tahun pelan pendidikan AZMAN telah menjana sebanyak RM25,000 dan AZMAN ingin menamatkan zaman bujangnya.Bagi EN AZMI inilah masa untuk dia menggunakan sebahagian dana pendidikan yang telah terkumpul untuk majlis perkhawinan anaknya.
Berbeza dengan kawan2nya yang terpaksa membuat "Personal Loan" untuk tujuan perkhawinan.
Dengan pelan smartlink yang diambil oleh EN.AZMI ,AZMAN boleh menyambung simpanannya sehingga umur 80 tahun.
AZMAN mendapat "Bonus EduSmart"
SPM - RM 1800.00
DIPLOMA - RM 2400.00
SENARIO 2

PN LATIFAH telah memilih sebuah pelan pendidikan untuk anaknya dengan sumbangan sebanyak RM250 sebulan.Maka bermulalah anaknya SHARIFAH di lindungi dengan pelan pendidikan seperti dibawah:

Pada usia 5 tahun,SHARIFAH telah di masukan ke Hospital Ampang Puteri disebabkan demam denggi selama seminggu.Sepanjang SHARIFAH dirawat di hospital tersebut,segala bill perubatan SHARIFAH telah di tanggung oleh Syarikat Prudential BSN Takaful,sebanyak RM7000.00.
Mujurlah PN.LATIFAH telah mengambil benefit kad perubatan + simpanan untuk anaknya.Pada umur SHARIFAH 19 tahun,dia mendapat peluang menyambung pelajarannya di menara gading.Dengan adanya pelan pendidikan yang diambil PN.LATIFAH,maka dikeluarkan kesemua simpanan anaknya untuk menampung pengajian di universiti.
SENARIO 3

EN. FARID membeli sebuah pelan pendidikan untuk anaknya FUAD yang berusia 2 tahun dengan sumbangan sebanyak RM150 sebulan.
Selepas 3 tahun kemudian, malang tidak berbau, EN.FARID mengalami kemalangan jalan raya sehingga seluruh anggota badan EN.FARID menjadi lumpuh.Walaupun EN .FARID tidak mengambil insurans untuk dirinya,EN.FARID ' Tidak Perlu Membayar lagi pelan pendidikan Anaknya'.Ini kerana berdasarkan laporan dari doktor yang menyatakan EN.FARID tidak mampu untuk bekerja dan menyara anaknya FUAD.Ini disebabkan EN.FARID sebagai pembayar bagi polisi tersebut.Jadi sumbangan yang EN.FARID bayar sebanyak RM 150 setiap bulan telah dibiayai oleh Syarikat Prudential BSN Takaful.Sehingga umur anaknya FUAD 25 tahun.
No comments:
Post a Comment