Ramai yang masih ragu tentang Insurans.Baiklah dengan maklumat ringkas di bawah ini ,dapat membantu mereka yang kurang faham yang di maksudkan Insurans Takaful dan Insurans Konvensional.
Surah Al-Baqarah ayat 240
"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka,iaitu diberi nafkah ,makan minum,pakaian dan tempat tinggal selama setahun dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya.Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri ) maka tidaklah kamu bersalah(wahai wali atau waris)menggenai apa yang mereka (isteri-isteri) lakukan pada mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah Allah itu Maha Kuasa dan lagi Maha Bijaksana".
Hadith Riwayat Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan
lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta"
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim
"Setiap dari kamu adalah pemikul tanggungjawab
dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap mereka dibawah tanggunggan kamu"
Jangan sesekali menganggap,pampasan kematian itu adalah nilai nyawa kita.Pampasan kematian adalah usaha dan ikthiar kita apabila terjadi sesuatu keatas diri kita,sekurang2nya kita tinggalkan sesuatu untuk mereka yang tinggal untuk meneruskan kehidupan




No comments:
Post a Comment